Tinggal Sehelai Sepinggan, Rumah Hangus Dijilat Api

kebakaran-4

10 Nov, Felda Sungai Mas - Salah seorang penduduk kampung di Felda Sungai Mas, tinggal sehelai sepinggan apabila rumah mereka musnah dijilat api. Kejadian yang berlaku semalam itu, telah memusnahkan keseluruhan rumahnya, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan setakat ini.

Ketua kampung ketika ditemui berkata, struktur rumah yang diperbuat daripada kayu itu telah menyebabkan api merebak dengan mudah dan mujur kedudukan antara rumah agak jauh dan api dapat dikawal dari merebak ke rumah lain.

Ahli Parlimen Pengerang, YB Dato Sri Dr Azalina Othman Said ketika dihubungi berkata beliau telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut dan telah mengarahkan pegawainya untuk melawat mangsa dan menyampaikan sumbangan peribadinya.

“Sebagai peringkat permulaan, pihak saya telah memberikan bantuan segera berupa wang tunai bagi membolehkan mereka membeli sedikit barang keperluan seperti makanan dan pakaian”

“Saya juga telah mengarahkan agar memaklumkan perkara kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memohon bantuan baik pulih rumah kerana saya dapati rumahnya telah musnah sama sekali” katanya ketika dihubungi hari ini.

Azalina yang juga merupakan  Ketua UMNO Bahagian Pengerang berkata pihak pengurusan felda juga telah dimaklumkan mengenai perkara ini agar dapat meyalurkan bantuan dari segi kewangan dan bantuan untuk membina kediaman yang baru untuk mangsa sekeluarga.

Share This Post

    rss RSS 2.0    commentgreen Response

Leave a Reply

 

Warning: gzinflate() [function.gzinflate]: data error in /home/parlimen/public_html/wp-content/themes/green/footer.php on line 1